WELCOME TO MY LITTLE BLOG. Dashboard | +Follow
KOKO
Pen Busuk

Tuesday, 5 August 2014

Aku Dan Dia Di PLKN







Kalau aku tak pergi PLKN takde la aku kenal minah sengl ni. eh lupa nak bagi salam, hee Aaassaalaamuaalikumm wahai pembaca sekalian. ok, oleh sebab aku yang rasmi blog ni. Nama aku Abdul Syukor, nickname sudah lah kan, panggil aku syuk. minah sengal tu plak name die Farhah Liyana , aku panggil die Nana.

jenuh aku fikir nak buat entry apa kat blog aku ni. so aku decide aku nak cerita pasal cemana aku kenal nana. ewah poyo. biar lahhh. hee


first aku masuk kem aku tak perasan pun nana wujud eventho aku dengan dia satu bas. aku kenal dia bila aku dengan nana satu group time kelas pembinaan karakter. tak lama pastu kan, tetibe aku ni macam suka kat nana.. macam je la ye.. think positif -,- haha. Sudenly, time kem cuti tahun baru cina, nana ade text ewan tanya number aku, die beranikan diri untuk call aku. so, rupe-rupe nye aku tak syok sendiri. Nana pon suke kat aku jugak. haa nampak tak yang nana ni yang over.hahaha.. hmm nevermind


Nana ni pendiam sangat orangnya kat kem, sumpah! mentang mentang la comel . . . jual mahal ngan aku.
Ya allah, pada mula nye aku ada affair dengan maira, lepastu sofia lepastu lepastu lepastu.. biasa la . . aku ni ketua keseluruhan kat kem tu. . . . paling perit  time outing pergi aeon, aku dengan sofia jalan berdua bawak belon bentuk love.. siap ada nama syuko & sofia lagi . . . subhanallah. . . . time aku jalan jalan ngan si sofia tu, tibe tibe aku ternampak yang Si Nana tu usha aku dari jauh. . . . Ya Allah, time tu aku rasa bersalah sangat sebab aku rasa yang aku ni macam main kan perasaan nana . . . lepas balik dari aeon tu , aku rasa gelisah . . .  tak tenang . . .  fuhhhhhh.... istighfar banyak banyak . . . .


14 februari 2014, 11.30 malam. aku ngah lepak dalam dorm . . .tibe tibe  nana call aku and dia cakap kat aku yang dia suka kat aku. hahhahaha first time beb aku rasa macam ni. . . .lepas dia cakap kat aku yang dia suka kat aku, aku pon luah kan perasaan aku kat dia. aku pon cakap yang aku pon suka kat dia jugak. . .  hahaha. . . ntah apa apa je kan . . . . biarlah. . . janji aku nak dia tahu yang aku ni suka sangat kat dia. . . .


Lepas dari kejadian tu , kami pon makin rapat . . .  huhuhu. aku dengan nana dah macam couple je. tapi x couple pon . . . semue orang dalam kem tu jeles sangat dengan aku. sebab aku dengan nana ni sweet sangat.






video yang dibuat oleh nana sendiri






Aku berharap sangat yang si Nana ni takkan lupe kat aku. . . .
Aku pon berharap yang aku pon takkan lupe kat si Nana ni. . . .
i

RAMADHAN KU 2014

First time puasa di Sarawak

First skali aku nak cerite pasal bulan puasa tahun ni . . .sebab nye aku seonok dapat berbuke puasa awal. . .

nak tau kenape . . . . ?
hahahaha . . . .

aku kan stay kat ipoh perak. so, selalu nye aku buke puasa pukol 7.35 petang . . . .tapi tahun ni aku berbuke puasa pukol 6.40 petang . . . . sebab aku duduk kat serawak.... aku dah sambung belajar kat  UPM  sarawak . . .
bapak best giler dapat buke puasa awal . . . . tak rasa macam puasa pon ade . . .
kalau korang nak buke puasa awal, datang la sarawak... hahaha . . . .

tapi . . . .yang malas nye . . .
aku kene bangun awal pagi untuk bersahur . . . selalu nye aku bangun sahur pukol 3 atau 4 pagi  . . .
lepas besahur selalu nye tidur balik . . . kan ? kan ? kan ? . . . . aku tahu korang pon buat macam tuu . . . .

Tido tu tido  jugak . . . waktu subuh pon kene lah bangun jugak untuk solat subuh . . .
selalu nye ramai orang yang cuma bangun untuk sahur je . . . .  betul tak?
lepas sahu je, terus tidur balik . . .  pastu terus tak bangun subuh....ish3 . . .
maksud nye, tak solat subuh lah tu . . . .

Berbuke puasa dengan kawan2....

Waktu belajar kat Sarawak tu, aku teringin jugak nak buke puasa kat luar Kampus tu . . .
dan dan pulak kawan aku ajak berbuke puasa kat luar time tu . . .
Kawan aku tu nama die Azri... die yang rancang nak berbuke tu . . .
die ajak semua kawan kawan sekolah lama aku ngan die yang belajar kat kampus sarawak tu berbuke sama2 . . .

rancangan menjadi . . . huhuhu . . .
kiteorang berbuke di Restoran Che Nah . . . pada tarikh 20/7/2014 . . .
selfie sebelom bertolak ke Restoran Che Nah



selfie dengan didie n diboe



selfie sebelom berbuka puasa


sedang berbuka puasa



bersiar siar di shoping mall selepas berbuka puasa



Saat menunggu Taxi untuk pulang ke Kampus



serius aku cakap, best giler time berbuka puasa ngan kawan kawan hari tu....
I hope I never forget this moment....


thanks kawan kawan sabab sudi berbuka puasa bersama sama.....

#semaian batch 96



TEKA TEKI


Koleksi 1

Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.

Koleksi 2

Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.

Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
- Gunung Everest.

Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.

Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.

Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.
Ikan apa nama seperti orang?
- Ikan bakar.

Burger apa yang paling happy?
- Bergembira.

Air apa paling berani?
- Air terjun.

Jin apa boleh menyanyi?
- Jinbara.

Kucing apa pandai menyanyi?
- Alleycats.

Koleksi 3

Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
- Sebab batu tak pandai berenang.

Lubang apa yang buat kita segar?
- Lu bangun.

Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
- Orang Hamil.

Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.

Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
- Motor, sebab ada tongkat.

Koleksi 4

Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
- Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.

Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
- Ayam kena pijak gajah.

1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?
- Nombor plat kereta.

Ia boleh pecah tanpa disentuh?
- Janji.

Apakah warna telur burung merak?
- Burung merak tidak bertelur.

Koleksi 5

Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
- Belakang awak.

Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.

Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.

Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.

Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.

Koleksi 6

Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
- Stokin.

Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.

Datuk apa boleh terbang?
- Datuk burung.

Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.

Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
- Bayang-bayang istana.

Koleksi 7

Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
- Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
- Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?
- Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.

Koleksi 8

Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
- Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.

Koleksi 9

Berapa kaki seekor kerbau?
- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
- Kedua-dua tak boleh terbang.

Binatang apa paling dibenci anjing laut?
- Kucing laut.

Adakah ayam berkokok siang-siang?
- Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
- Telur.

Koleksi 10

Ayam apa yang bertelur di mana saja?
- Ayam betina.

Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
- Ayam jantan tidak bertelur.

Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.

Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana ibunya bukan seekor babi.

Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
- Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.

Koleksi 11

Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
- Pisang goreng.

Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
- Tumpah la.

Sungai apa paling tajam?
- Dungai Lembing.

Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
- Orang utan.

Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.

Koleksi 12

Orang apa boleh dibuat menggoreng?
- Orang minyak.

Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
- Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.

Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
- Jagung.

Koleksi 13

Bintang apa paling dekat dengan bumi?
- Bintang tiga.

Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
- Kerana bukan jodoh.

Tembak lantai kena hidung?
- Kentut.

Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.

Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
- Kapal terbang jatuh dalam laut.

Koleksi 14

Buah apa yang tidak mempunyai otak?
- Semua buah.

Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.

Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.

Koleksi 15

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.

Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.

Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

Koleksi 16

Kucing apa ada tiga kaki?
- Kucing cacat.

Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.

Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
- Kedua-duanya spesies ikan.

Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.

Kalau gunung didaki, daki?
- Disabun la.

Koleksi 17

Makanan apa yang paling cicak takut?
- Gula-gula getah.

Kenapa orang kata alien tu wujud?
- Sebab orang yang kata tu kawan dia.

Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
- Akupuntur.

Kenapa kucing tak boleh terbang?
- Ada ke kucing boleh terbang?

Binatang apa ada kaitan dengan buah?
- Cacing kerawit (kelapa sawit).







sumber dari : aina-comel.blogspot.com
Blog ini milik sepenuhnya PEN BUSUK